Usaha-Usaha Yang Dapat Dilakukan Untuk Melahirkan Generasi Remaja Yang Mempunyai Akhlak Terpuji

Usaha-Usaha Yang Dapat Dilakukan Untuk Melahirkan Generasi Remaja Yang Mempunyai Akhlak Terpuji

Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada akhbar malah sering kita dengan di corong-corong radio. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak amat cakna dalam menggembleng usaha untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang terutamanya remaja. Hal ini demikian kerana remaja merupakan pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara. Kebejatan akhlak remaja akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Persoalannya, siapakah yang perlu menyusun langkah sederap bagi membentuk akhlak terpuji ini? Apakah usaha yang mampu dilakukan oleh ibu bapa, masyarakat dan kerajaan? Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, usaha proaktif setiap pihak mampu untuk membentuk dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang.

Jika dikaji secara mendalam, ibu bapa adalah faktor dominan dalam menggarap usaha pembentukan akhlak terpuji seseorang remaja. Komitmen yang jitu oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan melahirkan remaja yang berakhlak unggul. Hal ini demikian kerana proses pendidikan anak-anak untuk mengamalkan sikap terpuji seperti bersopan santun, saling menghormati dan bekerjasama dalam kehidupan. Abraham Lincoln ada menyatakan bahawa,”Janganlah ditanya apakah sumbangan negara kepada kita namun tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara. Hal ini senada dengan komitmen ibu bapa dalam mendidik anak-anak demi melahirkan generasi muda yang bersahsiah terpuji dan unggul. Rema yang berakhlak terpuji akan dapat membentuk negara yang maju dan dipandang tinggi oleh negara-negara asing sekali gus akan menjadi serampang dua mata untuk menaikkan nama negara setanding dengan negara-negara maju yang lain bak kata pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Oleh itu, komitmen yang jitu oleh ibu bapa amat penting dalam usaha membentuk akhlak terpuji dalam diri seseorang remaja.

Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Pepatah tersebut begitu sinonim dengan kuasa ibu bapa yang mampu untuk melakar keperibadian unggul anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memupuk nilai murni dalam diri anak-anak agar mereka mampu untuk menjaga imej diri, ibu bapa dan negara. Hal ini demikian kerana nilai murni yang diterapkan di lubuk hati mereka ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk berhadapan dengan realiti kehidupan bermasyarakat yang penuh onak duri. Nilai-nilai yang diterapkan ini mampu untuk menjadikan mereka matang sekali gus tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti ‘skin head’, ‘black metal’ dan budaya hedonisme yang meracuni akhlak remaja bak virus epidemik. Jelaslah bahawa pembentukan nilai murni akan mewarnai kehidupan generasi muda ini dengan akhlak unggul dan bersahsiah terpuji.

Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama. Mereka akan pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberi didikan agama kepada remaja. Pembentukan akhlak remaja ini akan telus dan lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini demikian kerana dengan didikan agama anak-anak akan dapat membezakan antara intan dan kaca, antara batu dan permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa paksaan atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes buang bayi. Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut.

“Qudwatul Hasanah” atau “role model” merupakan uslum terbaik untuk membentuk akhlak terpuji remaja. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan sumber inspirasi anak-anak. Keperibadian ibu bapa mencerminkan akhlak anak-anak senada dengan pepatah bapak borek anak rintik. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah menunjukkan sahsiah terpuji jika di tempat awam dan mengamalkan sikap bertoleransi , berkeyakinan dan saling menghormati. Anak-anak akan tertarik dengan keperibadian ibu bapa mereka kerana sikap yang ditunjukkan ini akan melahirkan tingkah laku mudah mesra dengan anggota masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh, sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang digelar “role model” ini akan mampu membentuk akhlak terpuji anak-anak.

Sudah terang lagi bersuluh, pembentukan akhlak terpuji remaja bermula dengan didikan ibu bapa sejak kecil lagi. Ibu bapa yang mengutamakan pekerjaan perlulah mengubahnya agar anak-anak tidak terabai sekali gus akan meranapkan akhlak seterusnya meruntuhkan ketamadunan bangsa kerana sabda rasullullah, “cuka yang buruk merosakkan madu”. Ibarat akhlak yang buruk merosakkan amal. Ibu bapa perlu seia sekata dan sebulat suara dalam membentuk akhlak terpuji anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah guru terbaik. Namun, masyarakat tidak seharusnya menuding jari jika ibu bapa gagal mencorak keperibadian unggul anak-anak.

.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Questions + Answers

Questions

 

Answers

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cerpen Tingkatan 3 : Plot – Binaan Plot, Teknik Plot

Cerpen Bawod : Plot – Binaan Plot, Teknik Plot

Plot

Binaan Plot

(a)   Pengenalan – Cerpen ini dimulakan dengan kisah Beluntung yang berasa cemas dan resah apabila haiwan-haiwan peliharaannya, seekor kambing dan seekor kerbau disangkakan mati lemas akibat limpahan air sungai di halaman rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Layong.

(b)   Perkembangan – Penulis memerihalkan kisah Beluntung yang gigih ke sekolah dengan menunggang kerbau peliharaannya, Tuyog walaupun terpaksa meredah hujan lebat dan jalan berlumpur kerana peperiksaan darjah enam kian hampir.

(c)   Perumitan – Beluntung dicemuh dan dipermainkan oleh kawan-kawannya kerana dia telah membawa kerbau peliharaannya ke sekolah. Dia dicemuh dan dikatakan berbau kerbau. Keadaan menjadi lebih tegang apabila pada suatu hari, kawan sekelasnya, iaitu Basil telah mencampakkan buku-bukunya ke lantai hingga menyebabkan tercetus pertengkaran kecil.

(d)   Klimaks – Beluntung berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Selain itu, Beluntung juga berjaya menjuarai perlumbaan kerbau dalam Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Ketika pulang dari Pesta Lumba Kerbau, Beluntung kehairanan apabila mendapati banyak orang kampung berada di rumahnya. Beluntung gembira apabila mengetahui bapanya akan mengadakan kenduri kesyukuran sebagai meraikan kejayaannya dalam peperiksaan darjah enam.

(e)   Peleraian – Beluntung terkejut apabila mendengar Bawod menjerit-jerit. Ketika dia menuju ke arah Bawod itu, kakinya telah tersepak tunggul kayu lalu menyebabkan dia pengsan seketika. Setelah sedar dari pengsan, Beluntung menangis semahu-mahunya apabila mendapati Bawod, kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabatnya itu telah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri kesyukuran itu.

.

Teknik Plot

(a)   Pemerian.

(b)   Dialog.

(c)   Imbas kembali.

(d)   Imbas muka.

(e)   Kejutan.

(f)    Saspens.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cerpen Tingkatan 3 : Watak dan Perwatakan

Cerpen Bawod : Watak dan Perwatakan

Beluntung

(a)   Anak tunggal dalam keluarganya.

(b)   Berumur dua belas tahun dan bersekolah dalam darjah enam di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir.

(c)   Dia mempunyai dua ekor haiwan peliharaan, iaitu Tuyog dan Bawod. 

(d)   Penyayang dan prihatin terhadap haiwan peliharaannya.

(e)   Bersikap rasional dalam membuat keputusan.

(f)    Gigih dalam menuntut ilmu.

(g)   Penyabar apabila diejek oleh kawan-kawan sekelasnya.

(h)   Bijak dalam pelajaran.

(i)    Seorang yang patuh akan arahan bapanya.

.

Bawod

(a)   Seekor kambing peliharaan Beluntung.

(b)   Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Tuyog, seekor kerbau.

(c)   Sangat setia kepada tuannya, Beluntung dan kepada Tuyog, seekor kerbau.

(d)   Seekor kambing yang penakut akan air hujan dan air sungai.

(e)   Bersifat gigih apabila sanggup meredah air sungai.

(f)    Bawod menjadi haiwan sembelihan untuk kenduri kesyukuran.

.

Tuyog

(a)   Seekor kerbau peliharaan Beluntung.

(b)   Tuyog dijadikan haiwan tunggangan Beluntung ke sekolah pada setiap hari.

(c)   Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Bawod, seekor kambing.

(d)   Sangat setia kepada tuannya, Beluntung.

(e)   Kerbau yang suka berendam dalam air sungai.

(f)    Kerbau yang gagah dan pantas berlari.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cerpen Tingkatan 3 : Tema dan Persoalan

Cerpen Bawod : Tema dan Persoalan

Tema

Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya.

.

Persoalan

(a)   Kegigihan seorang murid dalam mengejar impian.

(b)   Kedaifan hidup di luar bandar bukan suatu penghalang untuk bersaing dalam dunia pendidikan.

(c)   Pengorbanan dan kesetiaan antara dua ekor haiwan.

(d)   Kekuatan kasih sayang pengikat kebahagiaan sesebuah keluarga.

(e)   Kesetiaan haiwan peliharaan terhadap tuan.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1) 

Novel Sejambak Bakti : Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1) 

PENGAJARAN :

1.  Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang

  • contohnya dapat dilihat menerusi sikap penyayang Razali terhadap ibunya apabila dia segera memeluk Mak Sopiah ketika ibunya itu menangis setelah didesak menceritakan tentang ayahnya.

2. Kita mestilah mengamalkan sikap bekerjasama ketika melakukan sesuatu pekerjaan

  • contohnya Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah bersama-sama mengemas dan mencantikkan kedai koperasi untuk memastikan kedai koperasi mereka berjaya meraih kejuaraan dalam pertandingan koperasi terbaik peringkat kebangsaan. Di samping itu kita sewajarnya bersikap baik hati terhadap orang lain, contohnya Razali tidak berdendam terhadap Munir, walaupun Munir telah menfitnahnya menceroboh kedai koperasi, sebaliknya dia sanggup membantu Munir meningkatkan prestasi dalam pelajaran sepanjang Munir digantung persekolahan selama seminggu.

3.Kita hendaklah bersikap rasional dalam bertindak

  • contohnya pihak sekolah tidak menuduh mana-mana pihak yang menceroboh kedai koperasi sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya membuat pemeriksaan mengejut untuk mengetahui pelaku penceroboh yang sebenarnya.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Watak Utama dan Perwatakan (Novel Tingkatan 2) 

Novel Darah Titik Di Semantan : Watak Utama dan Perwatakan (Novel Tingkatan 2) 

WATAK UTAMA dan PERWATAKAN

Watak Utama :  Zahid

  • Seorang yang pandai menentang musuh

Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris.

  • Seorang yang patuh kepada ajaran agama

Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah.

  • Seorang yang berani.

Contoh: Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak Minah.

  • Seorang yang mementingkan semangat setia kawan.

Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.

  • Seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.

Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di atas tilam.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Latar Tempat (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 2)

Novel Darah Titik Di Semantan : Latar Tempat (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 2)

 

LATAR TEMPAT :

1. Daerah Semantan

  • contohnya Datuk Bahaman merupakan pemimpin di daerah Semantan.

2. Lubuk Terua

  • contohnya Syres selalu datang ke Lubuk Terua dengan tujuan untuk mencari rahsia tentang Datuk Bahaman

3. Lubuk Sengarat

  • iaitu tempat Zahid dan rakan-rakannya membina kubu.

4. Rumah Datuk Bahaman

  • contohnya Zahid, Samad, Awang Muhammad, Pak Long Abas, dan Datuk Panglima Raja berbincang dengan Datuk Bahaman tentang kubu yang sedang dibina di Lubuk Sengarat.

5. Darat Kelubi

  • contohnya peristiwa Mat Kilau datang untuk menemui Datuk Bahaman sambil membawa satu salinan surat pengampunan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Tema (Novel Tingkatn 5)

Novel Bimasakti Menari : Tema (Novel Tingkatn 5)

Tema :

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini bertemakan kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah gigih berusaha dan bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.

Mereka gigih berusaha untuk mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor untuk memastikan bintang-bintang dapat dicerap dan kelip-kelip dapat dilihat oleh semua pengunjung. Pada masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar Tekno Alam dengan membina rumah mesra alam.

Walaupun usaha mereka ini mendapat bantahan dan tentangan yang hebat daripada pihak tententu yang mempunyai kepentingan di tempat tersebut terutamanya Dato’ Johann Arlington tetapi mereka tetap gigih meneruskan usaha ini.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Latar Masyarakat (Novel Tingkatn 5)

Novel Bimasakti Menari : Latar Masyarakat (Novel Tingkatn 5)

Latar Masyarakat  : 

1. Masyarakat yang tabah

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham

2. Masyarakat yang bersyukur

– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham

3. Masyarakat yang bertanggungjawab

– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap

– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham

4. Masyarakat yang taat

– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan

– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

5. Masyarakat yang penyayang

– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak

– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu

6. Masyarakat yang berani 

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid

7. Masyarakat yang sanggup berkorban

– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

8. Masyarakat yang setia kawan

– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik

.

Posted in Bahasa Melayu | 1 Comment