Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Memacu Ekonomi Negara

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Memacu Ekonomi Negara

IKS berfungsi bagi membantu asas industri negara. Ini untuk mengelak pergantungan daripada sensitiviti ekonomi global. IKS perlu dimajukan secara bersepadu dan menyeluruh terutama dalam perhubungan ekonomi jangka masa.
IKS merupakan nadi serta enjin pelaburan domestik dalam menjana ekonomi Malaysia. Peranan dan sumbangan IKS ini menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Satu pelan perusahaan atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh 2010 hingga 2020 akan dirangka dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru (MEB).
IKS telah memberi sumbangan dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah pekerjaan, nilai keluaran dan harta tetap.  IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing. Selain itu mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.
IKS perlu membuat jaringan perniagaan yang meluas merangkumi jaringan dengan sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini adalah pelengkap kepada industri IKS. Tanpa kerjasama dari dua sektor ini, IKS tidak mampu berkembang  maju.
Hal ini demikian adalah penting kerana negara kita memerlukan kepelbagaian dalam sektor industri. Penglibatan IKS yang aktif dan dalam pelbagai sektor juga membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan terjejas sekiranya terdapat penarikan operasi dan pelaburan dari sektor swasta dan awam.
Selain itu, IKS dengan penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh dapat mengeluarkan barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat dan firma besar. Pembuatan barangan makanan, pakaian dan alatan perabot daripada industri kecil sekurang-kurangnya dapat memenuhi kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa IKS juga dapat mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan barangan sebahagian besar golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam negeri. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam industri tertentu seperti pembuatan makanan, pembuatan logam, peralatan plastik dan getah, pakaian, peralatan perabot dan seumpamanya.
Dengan itu melalui Dasar Ekonomi Baru  yang dilancarkan oleh Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat memacu ekonomi rakyat dengan lebih tinggi. Dengan cara ini juga menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan yang lebih kreatif, inovatif dan bernilai tinggi. Dengan cara alternatif ini pelaburan mereka akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.
Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian 2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan bermakna.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Karangan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s