Novel Sejambak Bakti : Pengajaran (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)
PENGAJARAN :
1. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang
- contohnya dapat dilihat menerusi sikap penyayang Razali terhadap ibunya apabila dia segera memeluk Mak Sopiah ketika ibunya itu menangis setelah didesak menceritakan tentang ayahnya.
2. Kita mestilah mengamalkan sikap bekerjasama ketika melakukan sesuatu pekerjaan
- contohnya Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah bersama-sama mengemas dan mencantikkan kedai koperasi untuk memastikan kedai koperasi mereka berjaya meraih kejuaraan dalam pertandingan koperasi terbaik peringkat kebangsaan. Di samping itu kita sewajarnya bersikap baik hati terhadap orang lain, contohnya Razali tidak berdendam terhadap Munir, walaupun Munir telah menfitnahnya menceroboh kedai koperasi, sebaliknya dia sanggup membantu Munir meningkatkan prestasi dalam pelajaran sepanjang Munir digantung persekolahan selama seminggu.
3.Kita hendaklah bersikap rasional dalam bertindak
- contohnya pihak sekolah tidak menuduh mana-mana pihak yang menceroboh kedai koperasi sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya membuat pemeriksaan mengejut untuk mengetahui pelaku penceroboh yang sebenarnya.
.