Cerpen Bawod : Plot – Binaan Plot, Teknik Plot
Plot
Binaan Plot
(a) Pengenalan – Cerpen ini dimulakan dengan kisah Beluntung yang berasa cemas dan resah apabila haiwan-haiwan peliharaannya, seekor kambing dan seekor kerbau disangkakan mati lemas akibat limpahan air sungai di halaman rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Layong.
(b) Perkembangan – Penulis memerihalkan kisah Beluntung yang gigih ke sekolah dengan menunggang kerbau peliharaannya, Tuyog walaupun terpaksa meredah hujan lebat dan jalan berlumpur kerana peperiksaan darjah enam kian hampir.
(c) Perumitan – Beluntung dicemuh dan dipermainkan oleh kawan-kawannya kerana dia telah membawa kerbau peliharaannya ke sekolah. Dia dicemuh dan dikatakan berbau kerbau. Keadaan menjadi lebih tegang apabila pada suatu hari, kawan sekelasnya, iaitu Basil telah mencampakkan buku-bukunya ke lantai hingga menyebabkan tercetus pertengkaran kecil.
(d) Klimaks – Beluntung berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Selain itu, Beluntung juga berjaya menjuarai perlumbaan kerbau dalam Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Ketika pulang dari Pesta Lumba Kerbau, Beluntung kehairanan apabila mendapati banyak orang kampung berada di rumahnya. Beluntung gembira apabila mengetahui bapanya akan mengadakan kenduri kesyukuran sebagai meraikan kejayaannya dalam peperiksaan darjah enam.
(e) Peleraian – Beluntung terkejut apabila mendengar Bawod menjerit-jerit. Ketika dia menuju ke arah Bawod itu, kakinya telah tersepak tunggul kayu lalu menyebabkan dia pengsan seketika. Setelah sedar dari pengsan, Beluntung menangis semahu-mahunya apabila mendapati Bawod, kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabatnya itu telah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri kesyukuran itu.
.
Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Imbas muka.
(e) Kejutan.
(f) Saspens.