Usaha-Usaha Yang Dapat Dilakukan Untuk Melahirkan Generasi Remaja Yang Mempunyai Akhlak Terpuji

Usaha-Usaha Yang Dapat Dilakukan Untuk Melahirkan Generasi Remaja Yang Mempunyai Akhlak Terpuji

Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada akhbar malah sering kita dengan di corong-corong radio. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak amat cakna dalam menggembleng usaha untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang terutamanya remaja. Hal ini demikian kerana remaja merupakan pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara. Kebejatan akhlak remaja akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Persoalannya, siapakah yang perlu menyusun langkah sederap bagi membentuk akhlak terpuji ini? Apakah usaha yang mampu dilakukan oleh ibu bapa, masyarakat dan kerajaan? Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, usaha proaktif setiap pihak mampu untuk membentuk dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang.

Jika dikaji secara mendalam, ibu bapa adalah faktor dominan dalam menggarap usaha pembentukan akhlak terpuji seseorang remaja. Komitmen yang jitu oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan melahirkan remaja yang berakhlak unggul. Hal ini demikian kerana proses pendidikan anak-anak untuk mengamalkan sikap terpuji seperti bersopan santun, saling menghormati dan bekerjasama dalam kehidupan. Abraham Lincoln ada menyatakan bahawa,”Janganlah ditanya apakah sumbangan negara kepada kita namun tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara. Hal ini senada dengan komitmen ibu bapa dalam mendidik anak-anak demi melahirkan generasi muda yang bersahsiah terpuji dan unggul. Rema yang berakhlak terpuji akan dapat membentuk negara yang maju dan dipandang tinggi oleh negara-negara asing sekali gus akan menjadi serampang dua mata untuk menaikkan nama negara setanding dengan negara-negara maju yang lain bak kata pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Oleh itu, komitmen yang jitu oleh ibu bapa amat penting dalam usaha membentuk akhlak terpuji dalam diri seseorang remaja.

Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Pepatah tersebut begitu sinonim dengan kuasa ibu bapa yang mampu untuk melakar keperibadian unggul anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memupuk nilai murni dalam diri anak-anak agar mereka mampu untuk menjaga imej diri, ibu bapa dan negara. Hal ini demikian kerana nilai murni yang diterapkan di lubuk hati mereka ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk berhadapan dengan realiti kehidupan bermasyarakat yang penuh onak duri. Nilai-nilai yang diterapkan ini mampu untuk menjadikan mereka matang sekali gus tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti ‘skin head’, ‘black metal’ dan budaya hedonisme yang meracuni akhlak remaja bak virus epidemik. Jelaslah bahawa pembentukan nilai murni akan mewarnai kehidupan generasi muda ini dengan akhlak unggul dan bersahsiah terpuji.

Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama. Mereka akan pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberi didikan agama kepada remaja. Pembentukan akhlak remaja ini akan telus dan lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini demikian kerana dengan didikan agama anak-anak akan dapat membezakan antara intan dan kaca, antara batu dan permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa paksaan atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes buang bayi. Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut.

“Qudwatul Hasanah” atau “role model” merupakan uslum terbaik untuk membentuk akhlak terpuji remaja. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan sumber inspirasi anak-anak. Keperibadian ibu bapa mencerminkan akhlak anak-anak senada dengan pepatah bapak borek anak rintik. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah menunjukkan sahsiah terpuji jika di tempat awam dan mengamalkan sikap bertoleransi , berkeyakinan dan saling menghormati. Anak-anak akan tertarik dengan keperibadian ibu bapa mereka kerana sikap yang ditunjukkan ini akan melahirkan tingkah laku mudah mesra dengan anggota masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh, sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang digelar “role model” ini akan mampu membentuk akhlak terpuji anak-anak.

Sudah terang lagi bersuluh, pembentukan akhlak terpuji remaja bermula dengan didikan ibu bapa sejak kecil lagi. Ibu bapa yang mengutamakan pekerjaan perlulah mengubahnya agar anak-anak tidak terabai sekali gus akan meranapkan akhlak seterusnya meruntuhkan ketamadunan bangsa kerana sabda rasullullah, “cuka yang buruk merosakkan madu”. Ibarat akhlak yang buruk merosakkan amal. Ibu bapa perlu seia sekata dan sebulat suara dalam membentuk akhlak terpuji anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah guru terbaik. Namun, masyarakat tidak seharusnya menuding jari jika ibu bapa gagal mencorak keperibadian unggul anak-anak.

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s