Kebaikan Amalan Berbelanja Secara Berhemah

Kebaikan Amalan Berbelanja Secara Berhemah

Pendahuluan: Maksud pengguna berhemah: pengguna yang bijak dalam merancang perbelanjaan, melakukan perbandingan harga dan meneliti maklumat produk – sebab masyarakat menjadi kurang berhemah: karnival beli-belah sepanjang tahun – terdapat pelbagai kebaikan amalan berbelanja secara berhemah

Isi 1: Menjimatkan wang perbelanjaan
a. Membeli barangan yang perlu sahaja – mengurangkan kos keseluruhan
b. Mencatat barangan yang hendak dibeli mengikut keutamaan – mengelakkan diri membeli barangan yang tidak perlu
c. Memilih untuk berbelanja di pasar raya besar ataupun pada masa harga runtuh

Isi 2: Menggalakkan amalan menabung
a. Menyimpan baki wang perbelanjaan – memperuntukkan sejumlah wang yang mesti disimpan daripada gaji bulanan – sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
b. Simpanan kecemasan – memerlukan pada waktu yang tidak diduga – misalnya kemalangan – malang tidak berbau
c. Simpanan pendidikan – untuk anak-anak yang akan menyambung pelajaran – contohnya Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Isi 3: Mengurangkan beban hutang
a. Berbelanja mengikut kemampuan – ukur baju di badan sendiri – membuang prinsip biar papa, asalkan bergaya – tidak membawa sebarang manfaat
b. Pengehadan penggunaan kad kredit – menyebabkan kita muflis – jangan berbelanja lebih daripada pendapatan – masuk tiga keluar empat – membebankan diri pada masa hadapan – memanggul beban hutang

Isi 4: Membantu negara mengurangkan masalah inflasi
a. Inflasi bermaksud kenaikan harga barangan secara berterusan di pasaran
b. Permintaan masyarakat yang berlebih-lebihan akan menyebabkan kadar inflasi terus meningkat –merugikan pengguna

Isi 5 : Mengelakkan ditipu oleh penjual yang tidak jujur
a. Mendaparkan maklumat tentang produk melalui media massa – akhbar, televisyen, internet tentang promosi hari raya – pengguna tidak ditipu
b. Membandingkan harga barangan – jaminan jenama dan kualiti– pengguna berhemah, negara sejahtera – mengelakkan penipuan
c. Melihat maklumat produk di bungkusan – tarikh luput – logo halal JAKIM – bahan kimia berbahaya

Penutup: Pengguna perlu berbelanja secara berhemah – banyak manfaat – kempen berjimat-cermat tidak berguna seandainya pengguna masih tidak mampu mengawal nafsu berbelanja – ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

.

This entry was posted in Karangan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s